Wednesday, April 20, 2011

KeLeBiHaN SoLaT DaRi SeGi SaInS N kEsIhAtAn


Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana :
1) otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. 
2) hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. 
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya,perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
1) keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
2)"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
3) meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
4) membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara,
a) iaitu solat lima kali sehari
b)memahami maksud bacaan dalam solat
c)solat berjemaah
d)rukuk dengan betul (90 darjah) 
e)melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
1)  posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
2)Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
3) posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. 
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Renung-renungkan..dan selamat beramal=))

Monday, April 18, 2011

Kesengsaraan Yang Membawa Bahagia....(tanggal 16.04.11) hehe

Assalamua'laikum semua...
tajuk kite pada ari ini berbunyi...kesengsaraan yang membawa bahagia..haha..
apakah itu??? 
nanti akan kuceritakan kepada kalian...
aku ni seorang y suke memendam perasaan..bukan maknanya dendam.. tetapi tak pandai nk luahkan perasaan y terbuku d hati.. nak d jadikan cerita.. pada tanggal 16.04.11 aritu.. Nasibah Bt. Khaidir telah bertunang..hehe.. gumbiranya dlm hati~~~ tp aku tak memaklumkan berita ini kepada sahabat2ku.. y dahulu mahupun kini.. yang tahu hanyalah mereka2 yang sgt rapat... (my rumate di um..k.nisa,k.ira,k.iqa...my rumate di matrik..cucuku syg!! wawa,zmah....shbt dunia akhirat zulfa,min.. n tak lupe kepada yg byk membantu pd hari kejadian.. siti hawa..) minx maap sgt2 kepada rakan2ku di um yang sgt kurapat (ziqah,shikin,syaq n atul)..aku malu nk gtau kt korang.. lagipun kn nk test...minta maap yew =(( 
         Kedatangan mereka tiba around 5 lebih petang.. Al-maklumla... perjalanan dari langat ke rawang bukannye dekat.. mesti merentasi bukit ampang dahulu dan juga tol2 y menyibuk... apakah perasaanku ketika itu ??? berdebar2 ?? terharu ?? kelakar ?? nk tergelak saja ?? aku pun tak tahu..huhu.. yang pasti takla nervous sgt coz pengalaman mematangkan diri..kn3.. Yang menyedihkan.. ibu tersayang tiada bersama ketika itu.. walaubagaimanapun, ku tahu doanya sentiasa mengiringi anaknye y chumeyy ini..hihi.. Al-Fatihah buat arwah ibuku (Noriah bt Saleh) yang telah kembali ke rahmatullah pd 08.07.08...dah 3 tahun ma tak ade.. tp rase sgt dekat dgnnya..luv u la mummy!!     cutttttt !!!..okay...dah2.. tiada babak sedih lg.. yang pasti.. cahaya menyinari di hadapan sana..yeah2 =)) bagi meringkaskan cerita..inilah gambar2 ketika itu..

saat2 cincin disarungkan ke jari manis ini...hehe..leh lak borak ngn bakal mak mertua.."jari mane ni nak hulur?" naseb baek die jawab jari kanan..kalau tak..aku bagi 2-2 tangan..haha

 walaupun wajahku tidak d mkeup..tetap kelihatan berseri...kn3...hahaha...seri air sembahyang... taknak makeup lagi..nanti bile nikah tak suprise da...so...berburuk2 dahulu...bercantik2 kemudian..hehe

                            ini adalah di antara barangan y dibawa...telekung..cantik tau!!


 hurm...tak perlu membazir bagi banyak2 hantaran..sekadar syarat sahaja.. sangat bersyukur..YA ALLAH...






gambar itu sahaja yang boleh di letakkan di sini..yang laen secret..hahaha...memang aku ni penyecret orangnye..sabarlah ye.. bab majlis kenduri kawen plak...tak di tentukan lg bile.. I.ALLAH... klu jodoh kami berpanjangan dan tiada halangan biarlah selepas habis blaja dulu...sabarla ye "si dia" hahahaha... doaknla kami yew..thanx..

last but not least..ni komen aku utk mereka y memberi komen di facebook...
alhmdulillah...selamat bertunang..mcm2 respon org dpt aku tgk..ade y positif n ade y negatif.. bertunang ni bukanla menghalalkan segalanya lg. pertunangan ni pun blom tentu kekal je jinjang pelamin. juz doa,usaha n tawakal y mampu kite lakukan. soal jodoh lmbt ke cepat itu semua kerja ALLAH... kite hanya lakukan y terbaik.. jgnla kalian salah phm tidak d mklumkn perkara ni.. klu btol2 da kompom nk nikah brulah ley d hebohkan sgt2.. batasan lelaki n pmpuan still leh d jaga klu kite sentiasa ingat ALLAH....kerja kite semua hanyalah mendoakan kesejahteraan dunia akhirat umat Islam...bukan mendoakan keburukan org... papepun...exam dapat dijawab ngan tenang kerana hatiku gembira..~~lalala~~ selamat menjawab peperiksaan...smuga d permudahkan segala urusan..amin..





Saturday, February 26, 2011

AnAk-AnAk ChUmEyKu!!!

                                      

Ini adalah anak buahku yang pertama.. 
Abdul Salam b. Abdul Fatah. Sekarang sudah berusia 6 tahun. 
Percakapannya masihlah lagi pelat dan masih banyak yang perlu diperbaiki. 
hahaha..(nakalnye makcik salam ni kan) 
Lepas chinese new year tahun ni,baru mula start belajar kat tadika..




Anak buahku yang kedua pula bernama Amirul Akmal b. Amirul Asad.
Yang ini pula,tersangatlah nakal tak terkira. Memang sangat ponat mahu 
melayannya. Kecik2 dulu comey sangat. Makin besar makin kurang
kecomelan itu..huhu(hypotesisku) tp kalau tiada dirinya,bosanlah terasa.







hah...yang bajet garang ni pula Abdul Muhaimin B. Abdul Fatah.. hehe.. die ni tembam sangat..sodap dicium. tapi memang selalu lari kalau nampak daku, takot pipi die kebas lagi asyik dicium..huhu. memang manje dan suke menangis.. one more things is suke gigit orang@barang. dahla gigi tu tajam. Adoyz!!

Tuesday, January 4, 2011

BAITI JANNATI...

first of all...
let me introduce my 4mily...
bak tajuk di atas.."Baiti Jannati' yang bermaksud rumahku syurgaku..
ok..apakah yang dimaksudkan dengan keluarga??? hah..jawab2...
menurut daku sendiri..keluarga merupakan insan yang paling dekat dengan diri kite. Wlupun tidak semua masalah dibincangkan dengan ahli keluarga,namun mereka tetap top in my life.!! sejak kecik lagi kite2 ni  duduk serumah dengan ibubapa n adik beradik... rumah serumah,tandas setandas, dapur sedapur n mcm2 la lagi... berikut ialah insan2 yang telah menjayakan "Baiti Jannati' ini...

1)Insan yang telah melahirkan manusia bernama Nasibah bt Khaidir ialah Noriah bt Saleh... (pic tak jumpe yang sesuai lagi...herm..nantila upload)

2)Insan yang melayanku dengan penuh kesabaran dan keikhlasan ialah Khaidir b Salleh

Beliau berumur bape ek?? tak pastila..lingkungan 63-65. Tarikh lahir beliau pun daku tak tau..bile tanye "yoh,besday ayoh bile?" mesti mcm2 jwpnnye...
kejap bulan 3,kejap bulan 12 dan sekarang cakap bulan 10 plak...tak taula mane 1 betol... tarikh yang tertera kt IC tu tak leh percaye sebab tak btol pun sbenanye.. Beliau sangat bijak dalam mendidik anak2nya.. daku tak pernah pun kene pukul dengan beliau..tetapi kalau buat salah,beliau akan menasihati terlebih dahulu dengan lemah lembut.. so,,dah kene tegur 2,cepat2la sedar n jangan ulang lagi..apepun...
 Cbah sentiasa doakan kebahagiaan ayoh di dunia dan akhirat ye...amin... syg ayoh slalooo!!



3)jeng..jeng..jeng..insan yang debab ini bernama Amirul Asad Bin Khaidir.. dahulunye sebelum kahwin tersangatlah kurus..namun setelah berkahwin,hatipun menjadi senang. Lalu,berlakulah tranformasi yang begitu mendadak..sory b.mir....huhu





 4)next person is Mawar Bt Khaidir. Beliau sudah berkahwin ketika berumur 22 tahun. Kini, beliau sudah dikurniakan 3 cahaya mata yang chumey sepertiku..hehe. Nanti akan ku pamerkan wajah-wajah anak2 sedaraku..











5) seterusnya..abangku yang sangat manja iaitu Anas B. Khaidir..

sekarang dah ada 2 orang anak. Tapi, rupe tak macam ayah
 orang pun,still cam remaja. Cume 1 jew problem
perut yang semakin menggunung.
 Tak taula camne nak turunkan balik size perut tu...






6) Abang yang tersangatlah poyo dan menyampahkan...eiii..memang menyampah!! tetapi didalam menyampahnye die tu..diela yang paling rapat kerana jarak umur yang sikit... sebenarnye die caring tapi taknak tunjuk sikap die tu...dielah yang  bernama Amar B.Khaidir..
                                      





Dialah satu-satunye adik yang aku ada...Anisah Bt.Khaidir. Nama yang bermaksud ceria. Memanglah seorang yang ceria..tapi selalu sangat gaduh. al-maklumlah anak last,semestinya tersangatlah manje... papepun,bile jauh dikenang2..tetapi didepan mata bak anjing ngan kucing..hahaha

Monday, January 3, 2011

gReEnPeAcE sOkMo

Assalamu'alaikum....
kepada sahabat sekalian..huhu..
i'm very new in blog2 ni..sje m'gatal nk wat...
tgk membe2 ade..cek pn nk jugak!! haha
Nama yang diberi Nasibah bt Khaidir,,,sesiapa y kenal cek..lehlah kite jejak2 kasih kembali..huhu (ade ke y kenal?? camla aku ni femes sgt)..hurm..