Wednesday, December 18, 2013

Pengedar Shaklee

Bismillah dan assalamu'alaikum ;) Apa khabar semua? In Syaa Allah semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan dibawah lindungan Allah s.w.t.


Berdasarkan tajuk hari ni mesti semua tahu tentang apa kan. Al maklumlah produk Shaklee ni semakin dapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Baguslah semua dah sedar tentang kepentingan kesihatan tubuh badan yang amat penting.. Tapi kan, Shaklee ni bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan izin Allah, tetapi sesiapa yang jadi ahli akan dapat banyak keuntungan.

Pagi-pagi bangun tidur mesti terus pikir banyak masalah sekarang ni kan. Kesihatan diri, keluarga, ditambah pula dengan masalah kewangan bile semua harga barang nak naik sekarang. Saya pun stress juga tapi kesihatan tetap perlu dijaga sebab bile sihat, kita dapat teruskan kerja dengan tenang dan mudah;) Alhamdulillah, atas izin Allah dengan bantuan Shaklee saya dapat tingkatkan tahap kesihatan saya. Setiap hari rasa banyak je tenaga dan walau banyak kerja sekalipun dah kurang rasa stress ni. Duit bonus pun masuk je setiap bulan.. jadi, sedikit sebanyak dapat membantu masalah kewangan kini. Ini saya senaraikan sedikit sebanyak kelebihan jadi pengedar Shaklee:



1)Antaranya, bonus bulanan. Shaklee akan transfer cash money ke bank yang kita dah daftar bile jadi pengedar die.

2)Selain tu, kite boleh bekerja mengikut masa kita sendiri. Tak perlu berhenti kerja sekarang sebab kita boleh bisnes waktu malam bersama family.. mudah kan :)

3) Mendidik kita menjadi seorang leader yang bertanggungjawab terhadap sponsor masing-masing.

4) Dapat peluang pelancongan atau pergi Umrah secara percuma.

5) Beli produk Shaklee dengan harga ahli yang lebih murah berbanding harga retail.

6) Dapat mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan.

7) Boleh beli produk secara online sahaja. Tak perlu membazir minyak pergi ke office. Anda still dapat point!!

Okay, kalau nak senarai memang banyak kelebihan dia. Sesiapa yang nak cuba atau nak tahu lebih lanjut, boleh roger saya.. Saya akan membantu anda.. sama2 jadi family Shaklee !!! Boleh wassap saya 0136415014 atau drop komen disini.. Terima kasih;))


Monday, November 25, 2013

Sakit Penghapus Dosa;)

Bismillahirrahmaanirrahim... Assalamualaikum semua;)
Berdasarkan tajuk hari ni mesti korang dapat agak Cbah nak cakap tentang ape kan... Actually, sejak 2/3 menjak ni Cbah asyik sakit je. Rasenye semua bermula lepas balik honeymoon dari Indonesia tu. Sampai je Malaysia terus demam panas dan sakit tekak. Jumpe doktor, die kate memang dah luka teruk dalam tekak tu. Doktor pun bagi gula-gula untuk sakit tekak..masam-masam gitew rasenye.. tapi tak sembuh juga, then minum air barli. Alhamdulillah berkurang sakit tu...


Yang kedua pula. Suami minta tolong ambilkan hard disc atas meja. Cbah ni plak time tu tengah sibuk layan customer kat facebook jadi malas nak ambil hard disc tu. Suami asyik minta tolong je, Cbah pun ambillah dengan perasaan malas. Allah nak tunjuk kuasa Dia, time tengah angkat hard disc tu usb kat wayar tu tercampak masuk dalam mata!!! ouchhh... memang menjeritla. Bayangkan, jari masuk dalam mata pun kite dah rase sakit, Inikan pula benda tajam besi usb tu.... habis merah, berair, bengkak mata ni.

Suami pun pesan, itula lain kali jangan malas-malas bile suami suruh. Kan Allah dah bayar cash. OK, insaf kite :( Lame jugalah mata ni nak sembuh. Bila pergi klinik, doktor bagi ubat titis mata antiinfection. Dah 2/3 hari tak sembuh juga, pergi lagi klinik lain, doktor cek mata tengok ada kesan berlubang setitik. Macam korang amik pin tudung cucuk kat agar-agar. Lubang camtula... ayoyoyo...ganasnye aku~~~ doktor bagi ubat titik dan krim sapu. Cubalah pakai ubat tu. Tapi still tak sembuh-sembuh... penglihatan mata kiri kabur, rasa mual yang amat then muntah-muntah teruk. Ramai ingat Cbah ni dh mengandung. Symptoms nak gempak je kan... hahaha... sampai semua tanye morning sickness ke? tapi no la, ni semua sebab infection kat mata tu. Pergi klinik lagi minta ubat tahan muntah ngan mual-mual. Bape banyak dah abes money kat situ:( Last skali, biar je mata tu sembuh sendiri, tak letak ubat pun... cume titikkan air zam zam. Alhamdulillah, berkat kekuasaan Allah sembuh mataku ini...;) Penglihatan pun kembali jelas...

Okay, next plak.Selepas 3/4 hari sembuh dari sakit mata tu, mata belah kiri naik ketumbit. Bengkak, sakit semua ada... macam biaselah petua kalau ketumbit letak bawang putih kan. So, letaklah bawang putih. Sambil sapu tu sambil meleleh ayak mata. Yela, pedih kan. Sape pernah try memang tau lah rase die camne... Amik masa 3/4 hari juga nak sembuh. Takpe, ujian,,, sabar je. Dah sembuh mata kiri, esoknya naik belah kanan plak. Apa perasaan korang kalau kena direct sakit tanpa henti??? kawan-kawan sume pelik but wat can i do? Saya hanya mampu tersenyumlah. Oleh kerana tak tahan sakit. post kat fb petua-petua untuk ketumbit. Macam-macam petua ada tau.. haha.. nanti Cbah screen pic ye. bacelah sendiri semua petua tu...

Dah sihat sakit mata, seminggu lepas tu balik rumah Rawang. Sampai rumah minta nasi kat kakak. Lapoooo... Alhamdulillah rezeki. dorang baru balik kenduri akikah jadi ada bawa balik lauk bungkus. Dengan excitednye Cbah ngan suami menjamu selera. Esok pagi semua cirit-birit. Sakit perot sangat-sangat, rase senak macam nak cabut perut je... adoooyla... mungkin sebab lauk kenduri tu kot. Tak panaskan terus makan. Memang cari nahaslah kan. Beri-berilah kitorang jawabnye....

Selang 2/3 hari lepas beri-beri tu plak, Cbah rase kencing tak sedap. Rase macam nak kencing tapi tak lawas. Pedih ngan gatal rase kat bahagian tu. Tapi, tak ambil kisah sangatlah, buat tak tau je. Sampailah satu hari terjaga jam 5 pagi camtu. senak perut belah kiri ni... memang tak boleh nak tidur. Jam 8 tu sakit bawah perut tengah-tengah plak. Nak jalan tak boleh, nak berdiri tegak pun tak boleh. Suami cepat-cepat bawa pergi klinik takut kena appendix. 4 klinik pergi semuanyaaaa tutup lagi. Bagaimanakah perasaan ketika itu? Sedih, kecewa tak terkata. Yela,kite tengah sakit teruk klinik plak tutup. Tunggu jela sampai klinik tu buka. Jumpe doktor die kate kena kencing kotor. Nak buat ujian air kencing, boleh plak kits untuk periksa air kencing habis. Apelaaaa naseb badan. Sakit tau korang kena kencing kotor ni. Jalan pun terkangkang cam orang lepas bersalin. huhuhu.. Ambil masa juga nak sembuh. Makan antibiotik yang penting.. jangan lupa berdoa pula ye;)

Bila bace kisah ni mesti korang susah nak percaya kan... direct ujian yang Allah bagi tu. tapi kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati terbuka. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya yang tak mampu. Jadi, walaupun sakit senyumlah;)
In Shaa Allah, ada kebahagiaan menanti di kemudian hari^^

Wednesday, September 4, 2013

BERMINAT DENGAN SHAWL KAMI??? ISILAH BORANG PESANAN INI...







Nama pelanggan:




Alamat e-mail:




Talian untuk dihubungi:




Alamat untuk penghantaran:




Sila nyatakan kod produk dan bilangannya:




Jenis tudung apakah yang paling anda minati?

Shawl panjang

Shawl halfmoon

Tudung Syria

Tudung berawning lembut

Tudung express

Three layers



Sila nyatakan cadangan dan komen anda supaya kami dapat perbaiki segala kekurangan. Pendapat anda amat dihargai.




Selepas pesanan anda diterima, kami akan memaklumkan jumlah bayaran dan akaun nombor pembayaran melalui sms. Jika tiada sms yang diterima dalam masa 24 jam, sila maklumkan kepada kami. Kami akan membatalkan pesanan para pelanggan yang tidak membuat bayaran dalam masa 48 jam. Sila maklumkan kepada kami setelah anda membuat pembayaran di talian 013-6415014 (Nasibah) atau melalui emel syabahku0302@gamail.com. Terima kasih diatas sokongan anda=))) Selamat membeli:)






Create a web form here

Thursday, April 25, 2013

Honeymoon (^,^)


Bercakap tentang honeymoon ni.. semua orang impikan saat yang terindah apabila bersama dengan yang tersayang kan~~ begitu juga dengan diriku.. Pada rancangan awalnya kami hendak ke Pantai Cherating, menikmati keindahan alam semulajadi namun rezeki lain yang mendatang.. Akhirnya, Indonesia menjadi pilihan kami. Selain dari harga barangnya yang murah,kami juga boleh mencari pengalaman di negara orang.. tak gitu?? orait! Kami bertolak dari LCCT jam 2.45 petang dan tiba pada jam 3.45 petang.


Kedatangan kami disambut oleh kenalan bapa mertuaku di sana..


Kemudian, kami terus melawat Menara Monas.. Menara Monas ni lambang negara Indonesia. Kalau kat Malaysia lebih kurang KLCC laa..

Gambar tak cantik sangat..al-maklumla guna fon murah.. huhu.. Then, gambar-gambar after this high kualiti sikit sebab gune video camera.. tak de la nampak kabur-kabur da. Iyela.. first honeymoon mestila nak yang the best kan.. >_<

Ini gambar dekat Bogor.. terpaksa pergi malam sbb petang tu hujan lebat..


Sangat best ok dekat cni... sejuk sangat.. pastu sambil makan tepi jalan, ada 2 jejaka datang nyanyikan lagu sambil petik gitar.. ouw.. romantik gitu! Lagu yang dimainkan memang sesuai ngan kitorang.. cer teka..cer teka lagu apa??? Amy Search yang nyanyi... sape dapat teka dengan betul die hebat! hahaha... Tajuknya ialah "FANTASI BULAN MADU"!! Memang terasa di awang-awangan dengar lagu ni bersama sang suami.. hehe

Orait.. Keesokkan harinya, kami meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Ratu. Di sini, terdapat pulau @ pantai (tak sure plak).Bolehla ganti keinginan untuk pergi ke Pantai Cherating..huhu


Sampai-sampai je kami memilih untuk makan terlebih dahulu. Wah..makan berdua gitu..yuhuuuuu!! epyyyyyy.....=)))
p/s : paksa pelayan tolong tangkapkan gambar..haha..


Inilah makanan pilihan kami. Not bad right?? Very delicious u know...I punye yang belah kanan, n my husband kiri.. hurm.. harga semuanya dalam rm3+.++... Okla, berpatutan... Mane nak dapat makanan kat tempat pelancongan bawah RM50?? susah-susah (sambil geleng kepala)...


Lepas makan, apa lagi... Beromantikla kat tepi pantai.. hehe.. ^_^ malulaaaaaa...

Tutup cerita di Pelabuhan Ratu... Now, we continued our journey to Bandung!!!! hehe... Maklumla.. kalau dah berjalan ke Indonesia tak sah rasa kalau tak pergi Bandung. So, amik kesempatan yang ada..


Singgah sebentar di jalanan untuk makan kentang goreng~~ lazat, rangup, berkrim..



Da tiba di Bandung!!! Subhanallah.... terasa diri ni kerdil sangat.. nak dibandingkan manusia dengan kawah api tu?? memang ibarat semut dengan gajah..



Pemandangan yang sungguh mengasyikkan mata yang memandang~~


Cantik kan surau kat belakang tu.. Macam diperbuat dari tanah liat.. Suami sy ngah demam ni.. tu pasal muke pucat semacam.... ciannye die*


Hai... sah ke kalau datang Indonesia ni tak mencuba makan jamu?? haha.. apa lagi? Jom try makan!!


Sebelom makan bolehla senyum kan~~~ kite tgk jap lagi camneee..


Muke kena paksa habiskan jamu.. kahkahkah.. pahit, panas, berangin sume ada.. tapi lega lepas makan.. ringan je rasa badan~~

okla, dengan itu.. maka berakhirla episod honeymoon saya.. Banyak lagi koleksi gambar yang ingin dikongsikan. Tapi, maklumlah tak kan nak tunjuk semua gambar kan.. hehe.. Harap terhibur dan pilihla destinasi yang menarik untuk dikunjungi semasa honeymoon ok. Semoga honeymoon dapat mengingatkan kita kepada kekuasaanNya dengan melihat ciptaanNya...
Selamat malam.. Sweat Dream=)))

Wednesday, March 6, 2013

~~ Saat Lafaz Sakinah ~~

Saat Lafaz Sakinah.... itulah tajuk lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Far East. Pertama kali dengar lagu ni..syahdu rasanye... terbayang saat-saat aku akan diakad nikah dengan seorang jejaka pada suatu hari nanti. Bagaimanakah rasanya? Tanpa disedari air mataku mengalir... sanggupkah bapaku melepaskanku kepada seseorang yang bertanggungjawab keatasku hingga ke syurga kelak..

Rupa-rupanya masaku telah tiba. Kini, aku yang alami sendiri situasi "Saat Lafaz Sakinah". Pada tanggal 3 Februari 2013, Nasibah bt Khaidir telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka istikharahnya, Mohd Syafi'i bin Mohd Zuki. Alhamdulillah.. walaupun 3 kali lafaz.. aku tetap bangga kerana akhirnya aku halal buat dirinya. In Sha Allah.. aku akan berusaha menjadi yang terbaik buat dirinya. Kini, segala yang aku lakukan... akan kupastikan suamiku tidak mendapat saham yang buruk hasil daripada tingkahlakuku.

"Jangan risau cuk.. walaupun kite gado-gado.. itu gado-gado manje.. jangan simpan dlm hati ok! =)) " orait.. tanpa melengahkan masa lagi..dengan berbesar hatinya saya ingin kongsikan detik-detik kegembiraan pada ari tersebut..=)))) -senyum lebar-


Macam puteri plak.. semua tunggu kehadiran daku~ huhu


First tyme pakai purdah, jadinye nafas tercungap-cungap.. last-last mmg nampakla kesan basah kt purdah tu..hehe


Ahhh...sedang on da way turun tangga, nampak bakalku dengan tok kadi. Lemah longlai lutut, rasa cam nak merangkak je. boleh x???


Upacara menyarung cincin ke jari manis masing2.. Kami gune cincin perak je.. nmpak kelas gitu..haha..siap ada ukir nama lagi tuuuuu..


Tidakkkkk!!!! die nak buka purdahku.. kantoila make up tebal 10" nnt..hehe.. al-maklumla tak penah make up sebelom ni..mau terkejot die tengok..


Lambat beno nak nunggu die cari pin.. ponat den dibuatnyo.. argggghh


Akhirnya, berjaya juga die buka ini purdah.. huwawawa..malu,malu,malu >_<
Ape lagi..kenalah salam..tanda kita menghormati die sebagai imam kite.. berpeloh tangan die..hehe..kantoi!!


Dua keluarga menjadi satu... Dari kiri: ibu, abah, cbah, soleh, ayoh, mami...


Bersama biras saya...Zahra n adik ipar, Ct... chumey kan anak Zahra=) i loike...


Sahabat ketika di SMK Bandar Tasik Selatan.. Dari kiri : zirah, cbah, bieha, syud n mak bieha.. Thanx a looott korg sudi dtg!!!


Tiba juga kalian ye...haha.. sahabat UMku!! Dari kiri : Nadiah, Najwa, Cbah, Ruby, Izyan... ni sume orang area Kuala Selangor ni... datang dari jauh ni..thanx korg=))))


Bersama adik manja bongsu busuk-busuk...nnt die lagi besar dari akak die..


Sahabat sejati sentiasa dihati... Syukran sgt2 kat korang sudi susah bersama2 denganku.. nk juga belanja korg makan satu hari nnti.... Jasa korg xkan kulupa!!!! syggggggg sgt!!


I LIKE THIS PICTURE!! cucu-cucu bersama nenek mereka~~ sangat unite=))


Even i don't like this picture because i look soooo short.. tp orang kat dlm ni saya syygg sgt2!! nanges n suka same2=)) (cu yong n cu bong)

Sekian sahaja entry untuk kali ini.. nantikan seterusnya majlis kenduri plak ok=))