Wednesday, April 20, 2011

KeLeBiHaN SoLaT DaRi SeGi SaInS N kEsIhAtAn


Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana :
1) otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. 
2) hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. 
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya,perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
1) keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
2)"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
3) meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
4) membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara,
a) iaitu solat lima kali sehari
b)memahami maksud bacaan dalam solat
c)solat berjemaah
d)rukuk dengan betul (90 darjah) 
e)melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
1)  posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
2)Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
3) posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. 
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Renung-renungkan..dan selamat beramal=))

Monday, April 18, 2011

Kesengsaraan Yang Membawa Bahagia....(tanggal 16.04.11) hehe

Assalamua'laikum semua...
tajuk kite pada ari ini berbunyi...kesengsaraan yang membawa bahagia..haha..
apakah itu??? 
nanti akan kuceritakan kepada kalian...
aku ni seorang y suke memendam perasaan..bukan maknanya dendam.. tetapi tak pandai nk luahkan perasaan y terbuku d hati.. nak d jadikan cerita.. pada tanggal 16.04.11 aritu.. Nasibah Bt. Khaidir telah bertunang..hehe.. gumbiranya dlm hati~~~ tp aku tak memaklumkan berita ini kepada sahabat2ku.. y dahulu mahupun kini.. yang tahu hanyalah mereka2 yang sgt rapat... (my rumate di um..k.nisa,k.ira,k.iqa...my rumate di matrik..cucuku syg!! wawa,zmah....shbt dunia akhirat zulfa,min.. n tak lupe kepada yg byk membantu pd hari kejadian.. siti hawa..) minx maap sgt2 kepada rakan2ku di um yang sgt kurapat (ziqah,shikin,syaq n atul)..aku malu nk gtau kt korang.. lagipun kn nk test...minta maap yew =(( 
         Kedatangan mereka tiba around 5 lebih petang.. Al-maklumla... perjalanan dari langat ke rawang bukannye dekat.. mesti merentasi bukit ampang dahulu dan juga tol2 y menyibuk... apakah perasaanku ketika itu ??? berdebar2 ?? terharu ?? kelakar ?? nk tergelak saja ?? aku pun tak tahu..huhu.. yang pasti takla nervous sgt coz pengalaman mematangkan diri..kn3.. Yang menyedihkan.. ibu tersayang tiada bersama ketika itu.. walaubagaimanapun, ku tahu doanya sentiasa mengiringi anaknye y chumeyy ini..hihi.. Al-Fatihah buat arwah ibuku (Noriah bt Saleh) yang telah kembali ke rahmatullah pd 08.07.08...dah 3 tahun ma tak ade.. tp rase sgt dekat dgnnya..luv u la mummy!!     cutttttt !!!..okay...dah2.. tiada babak sedih lg.. yang pasti.. cahaya menyinari di hadapan sana..yeah2 =)) bagi meringkaskan cerita..inilah gambar2 ketika itu..

saat2 cincin disarungkan ke jari manis ini...hehe..leh lak borak ngn bakal mak mertua.."jari mane ni nak hulur?" naseb baek die jawab jari kanan..kalau tak..aku bagi 2-2 tangan..haha

 walaupun wajahku tidak d mkeup..tetap kelihatan berseri...kn3...hahaha...seri air sembahyang... taknak makeup lagi..nanti bile nikah tak suprise da...so...berburuk2 dahulu...bercantik2 kemudian..hehe

                            ini adalah di antara barangan y dibawa...telekung..cantik tau!!


 hurm...tak perlu membazir bagi banyak2 hantaran..sekadar syarat sahaja.. sangat bersyukur..YA ALLAH...






gambar itu sahaja yang boleh di letakkan di sini..yang laen secret..hahaha...memang aku ni penyecret orangnye..sabarlah ye.. bab majlis kenduri kawen plak...tak di tentukan lg bile.. I.ALLAH... klu jodoh kami berpanjangan dan tiada halangan biarlah selepas habis blaja dulu...sabarla ye "si dia" hahahaha... doaknla kami yew..thanx..

last but not least..ni komen aku utk mereka y memberi komen di facebook...
alhmdulillah...selamat bertunang..mcm2 respon org dpt aku tgk..ade y positif n ade y negatif.. bertunang ni bukanla menghalalkan segalanya lg. pertunangan ni pun blom tentu kekal je jinjang pelamin. juz doa,usaha n tawakal y mampu kite lakukan. soal jodoh lmbt ke cepat itu semua kerja ALLAH... kite hanya lakukan y terbaik.. jgnla kalian salah phm tidak d mklumkn perkara ni.. klu btol2 da kompom nk nikah brulah ley d hebohkan sgt2.. batasan lelaki n pmpuan still leh d jaga klu kite sentiasa ingat ALLAH....kerja kite semua hanyalah mendoakan kesejahteraan dunia akhirat umat Islam...bukan mendoakan keburukan org... papepun...exam dapat dijawab ngan tenang kerana hatiku gembira..~~lalala~~ selamat menjawab peperiksaan...smuga d permudahkan segala urusan..amin..