Sunday, February 15, 2015

Pengalaman bersalin normal anak pertama (Part 1)

Assalamualaikum dunia;)
Disaat cbah tulis entry ni cbah telah pun bertukar status menjadi seorang ibu.
Hehe. . Alhamdulillah ya Rabb.

Pengalaman??? jangan cakapla, daripada dulu semangat nak anak 6 orang ke atas.. tetibe lepas bersalin ni cam surrender sorang pun cukupla...hahaha... tapi kalau ada rezeki lagi Alhamdulillah:)

Okay, firstly due date patotnye 25 Jan ni tapi baby tak sabar nak keluar. Seminggu awal dari due date iaitu pada 18 Jan 2015.Al-kisahnye bermula pada 16 Jan pagi waktu subuh, ade keluar mucus like secretion cam kuning2 pekat sangat. Petang tu plak keluar lendir darah tapi tak banyak pun. Cam tanda2 awal period gittew. Tak gabra pun sebab da banyak baca kat blog2 orang tanda2 nk bersalin, haaa tu antara tanda2nya lah. Kalau ikut nurse suruh pergi hospital terus, tapi disebabkan takde contraction langsung, taknakla pegi lagi. Nak tunggu sakit sangat2 baru pegi. Tidola macam biase malam tu. Then, bangun pagi nak solat subuh tengok ade darah keluar. Kali ni not lendir darah tapi darah betol. Kuantiti takdela sampai melimpah ruah sikit je pun. Pastu start sakit perut, okay...kali ni kena pegi hospital juga. Disebabkan Cbah duduk kat Tasik Puteri Rawang, hospital paling dekat sungai buloh tapi takmo pegi sebab ade kenangan pahit,... the other choice kite pilih hospital selayang.

Sampai hospital dalam jam 8 suku pagi. Siap register sume dalam 8:30 pagi. Kena naik dewan bersalin pastu nurse panggil cek jalan. Tengok2 jalan da buka 3cm so, kena tahan wardla jawabnye... suami pun ikut pegi ward tengok duduk katil mane. Tolong kemaskan ape yang patot. Tapi suami boleh masuk time melawat je, disebabkan time tu baru je masuk ward... nurse bagi kelonggaran duduk lame sikit. Da siap kemas sume, terpaksela suami keluar tinggalkan aku keseorangan dalam kesakitan ;((

Contraction tu datang setiap 5-10 minit. Sakit woooo... kalau tengah borak2 ngan hubby bile datang time sakit tu Cbah mesti senyap je tahan sakit. Sakit tu da kerap sangat tapi baby tak keluar2. Jam 3 petang doktor datang lagi cek jalan still 3cm. Badan ni tak larat da, nak makan tak selera sebab sakit kan. Jam 7 malam cek jalan lagi still 3cm juga. Peliknye, kenapala tak naik2 bukaan ni. Ade juga jalan2 keliling katil bagi bukaan cepat buka tapi still same. Sakit jangan cakapla, makin sakit ngan makin kerap. Jam 12 tengahmalam doktor cek lagi still 3cm lagi. Adoooyyyyy, nak nanges mak camni. Cbah pun pujukla baby cakap cepatla keluar, mak tak tahan da ni..... cianla kat mak. Malam tu memang tak dapat nak tido sebab sakit kerap datang. Akhirnye, nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung... fuhh..legaaa... ingatkan da tak rase sakit, tapi sebaliknye. Lepas kena cucuk tu, Ya Allah, makin berganda sakit die... menangesla daku atas katil tu menahan sakit.

Malam tu berlalu begitu sahaja tanpa tidur yang lena. Kesian suami asyik mesej/kal tanya keadaan. Dia tunggu kat luar ward, ada tempat menunggu. Keesokkan harinya jam 6 pagi doktor cek jalan STILL 3cm. Time tu cam da fedup sangat. Kenapala tak berubah bukaan ni.. dugaan sungguh. Tapi still berdoa banyak2 biarlah dipermudahkan. Jam 8 pagi camtu doktor pakar datang. Die cek semua pesakit. Sampai turn Cbah die cek da buka 5cm. Boleh masuk labour room da. Terkejut berukla mak, aik tadi kol 7 baru 3cm. Ni baru sejam naik ke 5cm terus?? yuhuuuu... Alhamdulillah... terus mesej hubby soh tunggu kat depan dewan bedah, tempat semalam tu.

Nanti continue ya... nak rehatkan badan jap... ;)
Bace episod 2 plak...

Thursday, February 13, 2014

Resepi Phadphed Ayam Thai...aroooiiii makkk...

Assalamualaikum... sebaidi mai? Alhamdulillah,chan sebaidi.
Okay, harini memandangkan Cbah nak kongsi resepi dari Thailand jadi, jom kita belajar sedikit sebanyak bahasa Thai.
Sebaidi mai= apa khabar/ sihat tak?
Alhamdulillah..chan sebaidi= Alhamdulillah..saya sihat.
Chan=saya, mai=tak, sebaidi=sihat.
Amacam? da lulus da nak pogi Thailand esok? hahaha...

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, meh Cbah tunjuk dulu resepi apa yang Cbah nak kongsi harini.
Phad=goreng, phed= pedas....

Nama masakan harini ialah Phadphed ayam= ayam goreng pedas!!!


Bahan-bahannya:

Ayam setengah ekor dipotong kecil dan dibasuh bersih

Daun limau purut 2 keping

Kacang panjang 4 batang

Bahan untuk diblend:

Bawang putih 5 biji

Bawang merah 2 biji kalau besar , 5 biji kalau kecil

Belacan 1/3 sudu teh

Serai 2 batang (hiris halus-halus)

Cili api (ikutla bape banyak.. yang suke pedas lebihkan, yang tak suke pedas kurangkan. Cbah buat haritu 7 batang tapi tak pedas langsung)

Lada hitam 7/11 biji

Lengkuas 5 hirisan

Okay, sekarang kita sambung dengan cara memasak.

1- Blender kesemua bahan-bahan untuk diblend tadi.

2- Letak minyak dalam kuali. Agak-agak je amount minyak tu.

3- Tunggu minyak betol-betol panas. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang da diblender tadi.

4- Teruskan kacau sehingga naik bau dan minyak, tambah garam dan gula secukup rasa.

5- Masukkan ayam yang sudah dipotong dan dibasuh bersih.

6- Tunggu ayam masak, masukkan kacang panjang yang sudah dipotong dan dibasuh.

7- Masukkan hirisan daun limau purut bagi naik bauuuu...

8- Kacau..

Sedia dihidang!

Makan bersama nasi panas dan sayur air memang sedappp..

Selamat mencuba;)))



Tuesday, January 21, 2014

Nasibah & Mohd Syafi'i Got Married???

Salam sejahtera semua!!! dah lama tak update blog ni.. busy sangat dengan exam.. hurm.. sekarang tengah praktikal tapi nak cite pasal kenduri kahwin..haha.. tak abes2 lagi kan. jangan mare.. ini blog saya suka hati sayalah kan..kan..kan..

Last update haritu cerita tentang honeymoon.. Kenduri kawen belom lagi kan. okay.. i will continue with my story.. Sesudah akad nikah area jam 11.30 pagi. Lepas Zuhur nak makan beradab plak.. memang kelam kabutla nak tukar baju, makeup, siap-siap dalam 2 jam je. Kawan-kawan yang datang pun tak sempat nak dilayan.. Sory guys=( Saya nasihatkan kepada yang bakal berkahwin, kalau taknak kelam kabut n ade masa untuk kawan-kawan, kenduri nikah dan kenduri beradab hari lain-lain..walaupun selang sehari.. just my opinion ^^

Tema belah perempuan turqoise n pink. Ikutkan hajat sebenar nak warne hijau lumut n emas tp cemano ntah leh dapat kale turqoise n pink. Takpela..I jenis yang tak kisah sangat, apa yang ade kite pakai je.. jangan nak ikut kehendak sendiri sangat. Tapi, I like the baju soo much. Kakak ipar yang buatkan.. die baru belajar jahit tapi dapat buat baju pengantin yang niceeee sgt.. memang ramai puji=)nak tengok ke?? tak sabarla tu.. haha..



Eksperasi gumbira pengantin :p



Ketika makan beradab


With my friends from UM


With my friends from matrik


With my friends from BTS


With my friends from SKDK2


OKAY.. now lets move to kenduri pihak laki yang bertemakan krim + emas...


MY sWEEtheart~~~


ITS me!!


Ketika makan beradab~~


My husband's family~~


My family~~ Al-Fatihah to my eldest brother 2 dari kanan yang berdiri..pakai beg simpang.. yang telah kembali ke rahmatullah pada 04/04/2013...;(((


Nak tengok tak saat-saat beromantika kami?? hahaha ..jom!!!





and..the lasssttt one... doakan kebahagiaan kami ye=))) tahnx soo much.. with love <3


Sekian, wassalam..





I'm Pregnant??

Assalamualaikum kawan-kawan semuaaaa... So, apa pendapat kalian bila bace tajuk entry terbaru ni? hehehe.. saya rase nak gelak je.. Al-maklumlah baru habis exam dan tengah busy dengan final year projek (FYP)tetibe dapat good news tu.. Alhamdulillah ;)

How I'm able to know that I'm pregnant? Okay, macam biaselah mula-mula sekali period datang lewat. Sebenarnya Cbah tak pernah datang period lewat lebih dari 5 hari.So, bile dah sampai 2 minggu lewat ni rase semacamlah. Suami pula demam panas ngan pening-pening almost a week. Eh.... ni dah betul-betul lain macam. Suami baru sembuh demam 2 minggu lepas. Biasenye kalau die dah demam,die akan mengambil mase untuk demam sekali lagi. Tapi kali ni, teruk sangat sampai tidur sepanjang hari. Kesian juga nengoknye. Kite hanya mampu jage dan berdoa setiap kali lepas solat semuga disembuhkan.

Then, 18hb Jan period still tak datang. Cbah decide nak beli test kit n cek. Tak kisahlah negative @ positive janji tahu jawapan. Daripada tertunggu-tunggu,,, owh,, I hate it. Suami pun takut juga nak tahu jawapan sebab before this pernah cube cek gune test kit tapi negative. Alaaa, tyme tu period baru 4/5 hari lewat. Gatal nak buat ujian kencing juga.. haha.. last-last, after buat ujian kencing terus period. Kelakar betul!

Kali ni lepas dah buat ujian, Cbah keluar tandas tanye die, "awak nak double line ke single line?". Die pun jawablah "double line". Cbah pun tunjuklah result test...got double line!!! hahaha.. die terus amik test kit tu pastu tunjuk kat mak ngan adik-adik die.. Dengarlah suara ibu( panggilan untuk mak mertua)sebut Alhamdulillah.. Die masuk bilik.. senyum tapi taklah lebar sangat. Cbah cakap ngan die.. " awak ni...kalau suami lain tahu isteri die pregnant, terus peluk cium isteri die tau... ni awak buat cam biaseee jeee". Pandai pula die balas, "ala, family saya ni kalau dapat berita gembira memang nampak biase je. Tapi dalam hati lub dup..lub dup..lub dup...",,, "tak bestlah macam tu... saya suke kalau awak ekspresskan perasaan awak. Baru rase dihargai..apa daaaaa....", balas aku.. haha.. pastu barulah cibuk ajak duduk,, belai2.... hahaha... suamiku memang begitu... tak pandai romantik, tak pandai pujuk , tak pandai tunjuk perasaan. Tapi, he's still my husband!!! I love him <3<3<3


Okay, ni picture untuk double line result ye..


Ni gambar first waktu scan baby.. Yang bulat tu my babyboooo.. already 6 weeks and 5 days at this tyme;)


Ini pula my current wallpaper kat phone. Orang cakap kalau kite tenung selalu baby keluar akan ikut muke tu. So,nak tenung lame-lame gambar ni..biar berkenan..hehe


Papepun, doakan Cbah dan kandungan ini sentiasa dalam rahmat Allah...amin... :)))


Wednesday, December 18, 2013

Pengedar Shaklee

Bismillah dan assalamu'alaikum ;) Apa khabar semua? In Syaa Allah semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan dibawah lindungan Allah s.w.t.


Berdasarkan tajuk hari ni mesti semua tahu tentang apa kan. Al maklumlah produk Shaklee ni semakin dapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Baguslah semua dah sedar tentang kepentingan kesihatan tubuh badan yang amat penting.. Tapi kan, Shaklee ni bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan izin Allah, tetapi sesiapa yang jadi ahli akan dapat banyak keuntungan.

Pagi-pagi bangun tidur mesti terus pikir banyak masalah sekarang ni kan. Kesihatan diri, keluarga, ditambah pula dengan masalah kewangan bile semua harga barang nak naik sekarang. Saya pun stress juga tapi kesihatan tetap perlu dijaga sebab bile sihat, kita dapat teruskan kerja dengan tenang dan mudah;) Alhamdulillah, atas izin Allah dengan bantuan Shaklee saya dapat tingkatkan tahap kesihatan saya. Setiap hari rasa banyak je tenaga dan walau banyak kerja sekalipun dah kurang rasa stress ni. Duit bonus pun masuk je setiap bulan.. jadi, sedikit sebanyak dapat membantu masalah kewangan kini. Ini saya senaraikan sedikit sebanyak kelebihan jadi pengedar Shaklee:



1)Antaranya, bonus bulanan. Shaklee akan transfer cash money ke bank yang kita dah daftar bile jadi pengedar die.

2)Selain tu, kite boleh bekerja mengikut masa kita sendiri. Tak perlu berhenti kerja sekarang sebab kita boleh bisnes waktu malam bersama family.. mudah kan :)

3) Mendidik kita menjadi seorang leader yang bertanggungjawab terhadap sponsor masing-masing.

4) Dapat peluang pelancongan atau pergi Umrah secara percuma.

5) Beli produk Shaklee dengan harga ahli yang lebih murah berbanding harga retail.

6) Dapat mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan.

7) Boleh beli produk secara online sahaja. Tak perlu membazir minyak pergi ke office. Anda still dapat point!!

Okay, kalau nak senarai memang banyak kelebihan dia. Sesiapa yang nak cuba atau nak tahu lebih lanjut, boleh roger saya.. Saya akan membantu anda.. sama2 jadi family Shaklee !!! Boleh wassap saya 0136415014 atau drop komen disini.. Terima kasih;))


Monday, November 25, 2013

Sakit Penghapus Dosa;)

Bismillahirrahmaanirrahim... Assalamualaikum semua;)
Berdasarkan tajuk hari ni mesti korang dapat agak Cbah nak cakap tentang ape kan... Actually, sejak 2/3 menjak ni Cbah asyik sakit je. Rasenye semua bermula lepas balik honeymoon dari Indonesia tu. Sampai je Malaysia terus demam panas dan sakit tekak. Jumpe doktor, die kate memang dah luka teruk dalam tekak tu. Doktor pun bagi gula-gula untuk sakit tekak..masam-masam gitew rasenye.. tapi tak sembuh juga, then minum air barli. Alhamdulillah berkurang sakit tu...


Yang kedua pula. Suami minta tolong ambilkan hard disc atas meja. Cbah ni plak time tu tengah sibuk layan customer kat facebook jadi malas nak ambil hard disc tu. Suami asyik minta tolong je, Cbah pun ambillah dengan perasaan malas. Allah nak tunjuk kuasa Dia, time tengah angkat hard disc tu usb kat wayar tu tercampak masuk dalam mata!!! ouchhh... memang menjeritla. Bayangkan, jari masuk dalam mata pun kite dah rase sakit, Inikan pula benda tajam besi usb tu.... habis merah, berair, bengkak mata ni.

Suami pun pesan, itula lain kali jangan malas-malas bile suami suruh. Kan Allah dah bayar cash. OK, insaf kite :( Lame jugalah mata ni nak sembuh. Bila pergi klinik, doktor bagi ubat titis mata antiinfection. Dah 2/3 hari tak sembuh juga, pergi lagi klinik lain, doktor cek mata tengok ada kesan berlubang setitik. Macam korang amik pin tudung cucuk kat agar-agar. Lubang camtula... ayoyoyo...ganasnye aku~~~ doktor bagi ubat titik dan krim sapu. Cubalah pakai ubat tu. Tapi still tak sembuh-sembuh... penglihatan mata kiri kabur, rasa mual yang amat then muntah-muntah teruk. Ramai ingat Cbah ni dh mengandung. Symptoms nak gempak je kan... hahaha... sampai semua tanye morning sickness ke? tapi no la, ni semua sebab infection kat mata tu. Pergi klinik lagi minta ubat tahan muntah ngan mual-mual. Bape banyak dah abes money kat situ:( Last skali, biar je mata tu sembuh sendiri, tak letak ubat pun... cume titikkan air zam zam. Alhamdulillah, berkat kekuasaan Allah sembuh mataku ini...;) Penglihatan pun kembali jelas...

Okay, next plak.Selepas 3/4 hari sembuh dari sakit mata tu, mata belah kiri naik ketumbit. Bengkak, sakit semua ada... macam biaselah petua kalau ketumbit letak bawang putih kan. So, letaklah bawang putih. Sambil sapu tu sambil meleleh ayak mata. Yela, pedih kan. Sape pernah try memang tau lah rase die camne... Amik masa 3/4 hari juga nak sembuh. Takpe, ujian,,, sabar je. Dah sembuh mata kiri, esoknya naik belah kanan plak. Apa perasaan korang kalau kena direct sakit tanpa henti??? kawan-kawan sume pelik but wat can i do? Saya hanya mampu tersenyumlah. Oleh kerana tak tahan sakit. post kat fb petua-petua untuk ketumbit. Macam-macam petua ada tau.. haha.. nanti Cbah screen pic ye. bacelah sendiri semua petua tu...

Dah sihat sakit mata, seminggu lepas tu balik rumah Rawang. Sampai rumah minta nasi kat kakak. Lapoooo... Alhamdulillah rezeki. dorang baru balik kenduri akikah jadi ada bawa balik lauk bungkus. Dengan excitednye Cbah ngan suami menjamu selera. Esok pagi semua cirit-birit. Sakit perot sangat-sangat, rase senak macam nak cabut perut je... adoooyla... mungkin sebab lauk kenduri tu kot. Tak panaskan terus makan. Memang cari nahaslah kan. Beri-berilah kitorang jawabnye....

Selang 2/3 hari lepas beri-beri tu plak, Cbah rase kencing tak sedap. Rase macam nak kencing tapi tak lawas. Pedih ngan gatal rase kat bahagian tu. Tapi, tak ambil kisah sangatlah, buat tak tau je. Sampailah satu hari terjaga jam 5 pagi camtu. senak perut belah kiri ni... memang tak boleh nak tidur. Jam 8 tu sakit bawah perut tengah-tengah plak. Nak jalan tak boleh, nak berdiri tegak pun tak boleh. Suami cepat-cepat bawa pergi klinik takut kena appendix. 4 klinik pergi semuanyaaaa tutup lagi. Bagaimanakah perasaan ketika itu? Sedih, kecewa tak terkata. Yela,kite tengah sakit teruk klinik plak tutup. Tunggu jela sampai klinik tu buka. Jumpe doktor die kate kena kencing kotor. Nak buat ujian air kencing, boleh plak kits untuk periksa air kencing habis. Apelaaaa naseb badan. Sakit tau korang kena kencing kotor ni. Jalan pun terkangkang cam orang lepas bersalin. huhuhu.. Ambil masa juga nak sembuh. Makan antibiotik yang penting.. jangan lupa berdoa pula ye;)

Bila bace kisah ni mesti korang susah nak percaya kan... direct ujian yang Allah bagi tu. tapi kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati terbuka. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya yang tak mampu. Jadi, walaupun sakit senyumlah;)
In Shaa Allah, ada kebahagiaan menanti di kemudian hari^^

Wednesday, September 4, 2013

BERMINAT DENGAN SHAWL KAMI??? ISILAH BORANG PESANAN INI...







Nama pelanggan:




Alamat e-mail:




Talian untuk dihubungi:




Alamat untuk penghantaran:




Sila nyatakan kod produk dan bilangannya:




Jenis tudung apakah yang paling anda minati?

Shawl panjang

Shawl halfmoon

Tudung Syria

Tudung berawning lembut

Tudung express

Three layers



Sila nyatakan cadangan dan komen anda supaya kami dapat perbaiki segala kekurangan. Pendapat anda amat dihargai.




Selepas pesanan anda diterima, kami akan memaklumkan jumlah bayaran dan akaun nombor pembayaran melalui sms. Jika tiada sms yang diterima dalam masa 24 jam, sila maklumkan kepada kami. Kami akan membatalkan pesanan para pelanggan yang tidak membuat bayaran dalam masa 48 jam. Sila maklumkan kepada kami setelah anda membuat pembayaran di talian 013-6415014 (Nasibah) atau melalui emel syabahku0302@gamail.com. Terima kasih diatas sokongan anda=))) Selamat membeli:)






Create a web form here