Monday, November 25, 2013

Sakit Penghapus Dosa;)

Bismillahirrahmaanirrahim... Assalamualaikum semua;)
Berdasarkan tajuk hari ni mesti korang dapat agak Cbah nak cakap tentang ape kan... Actually, sejak 2/3 menjak ni Cbah asyik sakit je. Rasenye semua bermula lepas balik honeymoon dari Indonesia tu. Sampai je Malaysia terus demam panas dan sakit tekak. Jumpe doktor, die kate memang dah luka teruk dalam tekak tu. Doktor pun bagi gula-gula untuk sakit tekak..masam-masam gitew rasenye.. tapi tak sembuh juga, then minum air barli. Alhamdulillah berkurang sakit tu...


Yang kedua pula. Suami minta tolong ambilkan hard disc atas meja. Cbah ni plak time tu tengah sibuk layan customer kat facebook jadi malas nak ambil hard disc tu. Suami asyik minta tolong je, Cbah pun ambillah dengan perasaan malas. Allah nak tunjuk kuasa Dia, time tengah angkat hard disc tu usb kat wayar tu tercampak masuk dalam mata!!! ouchhh... memang menjeritla. Bayangkan, jari masuk dalam mata pun kite dah rase sakit, Inikan pula benda tajam besi usb tu.... habis merah, berair, bengkak mata ni.

Suami pun pesan, itula lain kali jangan malas-malas bile suami suruh. Kan Allah dah bayar cash. OK, insaf kite :( Lame jugalah mata ni nak sembuh. Bila pergi klinik, doktor bagi ubat titis mata antiinfection. Dah 2/3 hari tak sembuh juga, pergi lagi klinik lain, doktor cek mata tengok ada kesan berlubang setitik. Macam korang amik pin tudung cucuk kat agar-agar. Lubang camtula... ayoyoyo...ganasnye aku~~~ doktor bagi ubat titik dan krim sapu. Cubalah pakai ubat tu. Tapi still tak sembuh-sembuh... penglihatan mata kiri kabur, rasa mual yang amat then muntah-muntah teruk. Ramai ingat Cbah ni dh mengandung. Symptoms nak gempak je kan... hahaha... sampai semua tanye morning sickness ke? tapi no la, ni semua sebab infection kat mata tu. Pergi klinik lagi minta ubat tahan muntah ngan mual-mual. Bape banyak dah abes money kat situ:( Last skali, biar je mata tu sembuh sendiri, tak letak ubat pun... cume titikkan air zam zam. Alhamdulillah, berkat kekuasaan Allah sembuh mataku ini...;) Penglihatan pun kembali jelas...

Okay, next plak.Selepas 3/4 hari sembuh dari sakit mata tu, mata belah kiri naik ketumbit. Bengkak, sakit semua ada... macam biaselah petua kalau ketumbit letak bawang putih kan. So, letaklah bawang putih. Sambil sapu tu sambil meleleh ayak mata. Yela, pedih kan. Sape pernah try memang tau lah rase die camne... Amik masa 3/4 hari juga nak sembuh. Takpe, ujian,,, sabar je. Dah sembuh mata kiri, esoknya naik belah kanan plak. Apa perasaan korang kalau kena direct sakit tanpa henti??? kawan-kawan sume pelik but wat can i do? Saya hanya mampu tersenyumlah. Oleh kerana tak tahan sakit. post kat fb petua-petua untuk ketumbit. Macam-macam petua ada tau.. haha.. nanti Cbah screen pic ye. bacelah sendiri semua petua tu...

Dah sihat sakit mata, seminggu lepas tu balik rumah Rawang. Sampai rumah minta nasi kat kakak. Lapoooo... Alhamdulillah rezeki. dorang baru balik kenduri akikah jadi ada bawa balik lauk bungkus. Dengan excitednye Cbah ngan suami menjamu selera. Esok pagi semua cirit-birit. Sakit perot sangat-sangat, rase senak macam nak cabut perut je... adoooyla... mungkin sebab lauk kenduri tu kot. Tak panaskan terus makan. Memang cari nahaslah kan. Beri-berilah kitorang jawabnye....

Selang 2/3 hari lepas beri-beri tu plak, Cbah rase kencing tak sedap. Rase macam nak kencing tapi tak lawas. Pedih ngan gatal rase kat bahagian tu. Tapi, tak ambil kisah sangatlah, buat tak tau je. Sampailah satu hari terjaga jam 5 pagi camtu. senak perut belah kiri ni... memang tak boleh nak tidur. Jam 8 tu sakit bawah perut tengah-tengah plak. Nak jalan tak boleh, nak berdiri tegak pun tak boleh. Suami cepat-cepat bawa pergi klinik takut kena appendix. 4 klinik pergi semuanyaaaa tutup lagi. Bagaimanakah perasaan ketika itu? Sedih, kecewa tak terkata. Yela,kite tengah sakit teruk klinik plak tutup. Tunggu jela sampai klinik tu buka. Jumpe doktor die kate kena kencing kotor. Nak buat ujian air kencing, boleh plak kits untuk periksa air kencing habis. Apelaaaa naseb badan. Sakit tau korang kena kencing kotor ni. Jalan pun terkangkang cam orang lepas bersalin. huhuhu.. Ambil masa juga nak sembuh. Makan antibiotik yang penting.. jangan lupa berdoa pula ye;)

Bila bace kisah ni mesti korang susah nak percaya kan... direct ujian yang Allah bagi tu. tapi kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati terbuka. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya yang tak mampu. Jadi, walaupun sakit senyumlah;)
In Shaa Allah, ada kebahagiaan menanti di kemudian hari^^